Kamus Dewan:- mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Kamarudin Husin (1999): salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu.
Guru
perlu memilih & menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan
melahirkan gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat
perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul,
penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang
terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural,
perlu diwujudkan semasa bercerita.
KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
• Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid.
Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif.
Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid
boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah
mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi
angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
• Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid.
Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia
seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini
amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah
suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita
sepenuhnya.
• Menyuburkan akal dan kecerdasan otak.
Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa
minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan
bertanya atau menyoal, memberi komen atau
pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam
cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan
mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
• Menggalakkan perkembangan bahasa.
Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan
memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
• Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik.
Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa
menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang
menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap
ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.
• Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting.
Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek,
emosi dan kadang kala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua
aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang
dirasakan sesuai.
• Harus mempunyai tema yang sesuai.
Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan
mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan
murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar
belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.
• Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid.
Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang
tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan
dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata
yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
STANDARD KANDUNGAN
• Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
• Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
• Mengujarkan
ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur.
PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI BERCERITA
• (A) Permulaan cerita
• (a) Bahagian
ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk
menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh
dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan
murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu
menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih
menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke
zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa
yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan
gaya, nada dan intonasi yang betul
• (b) Guru
harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik
dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih
dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik
perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam
aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.
(B) Pembentukan Cerita
• (a)
Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap
murid-murid. Hal Ini penting agar maksud cerita dapat difahami
sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian
tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar
memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang
kabur perlu
• (b)
Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan
di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin
dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula
tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.
• (c)Kepelbagaian
suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada,
intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya.
Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai
dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi
menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar
menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika
suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup
telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka.
• (d)Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk
menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna.
Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan
menghiburkan.
• (e)
Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh
menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika
perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu
dan bosan.
• (f)Cerita
haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan
akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu
supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan
menyakinkan pendengar.
• (g)
Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada
tema yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid
mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat
dan berkesan.
• (h)
Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara
kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau
cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam
aktiviti bercerita ini.
(C) Penutup Cerita
• a)Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.
• Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.

No comments:
Post a Comment